hikmat yang melambangkan keperluan Tentera Darat kepada negara. Benteng
atau ketahanan negara boleh ditafsirkan melalui kekukuhan dan kestabilan
dalam ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan rakyat. Perkembangan
serantau memerlukan satu organisasi yang mantap dan mampan dalam
menangani sebarang ancaman dan kewujudan tentera menjadi tonggak asas
kepada kestabilan, keselamatan dan keamanan sesebuah negara. Tentera Darat
adalah satu organisasi dalam Angkatan Tentera Malaysia yang menjadi tulang
belakang atau benteng kepada pertahanan negara.
Maruah dan kedaulatan negara Malaysia menjadi pertaruhan dan mesti
dipertahankan pada sebilang masa tanpa sebarang kompromi. Ianya menjadi
kemestian dan memerlukan satu organisasi yang kukuh dalam pembangunan
teknologi dan manusia. Profesionalisme dan pembangunan insan, kepimpinan,
pengurusan, pembangunan Tentera Darat, perhubungan dan imej serta
pemikiran kreatif menjadi enam teras utama yang tidak boleh dipersoalkan. Elemen-elemen ini membina imej Tentera Darat yang dipandang tinggi di mata
masyarakat
IMPLIKASI IMEJ TENTERA DARAT
Tentera Darat menjadi tonggak dalam mengekalkan tahap keselamatan
agar negara bebas daripada ancaman-ancaman yang menggugat kestabilan
dalam negara. Peranan dan tugas Tentera Darat bertambah dominan dengan
perkembangan semasa yang memerlukan komitmen secara menyeluruh dalam
menangani isu-isu keselamatan. Era globalisasi memerlukan tahap
profesionalisma yang tinggi dan Tentera Darat mestilah berkemampuan
mempamerkan keupayaannya supaya dapat bersaing dan memanafaatkan
situasi tersebut.
Menjadikan Tentera Darat yang berkeupayaan dalam menangani isu-isu
serantau samada dalam dan luar negara telah melibatkan proses
mengemaskinikan elemen-elemen dalam Tentera Darat. Peringkat asas dalam
megemaskini perkhidmatan Tentera Darat adalah melalui proses seperti
mengenalpasti, mengemukakan pilihan-pilihan, menilai, perlaksanaan
pemantauan dan ianya berterusan. Sasaran Tentera Darat adalah menjurus
kepada pembangunan sumber manusia dan teknologi supaya ianya selaras
dengan perkembangan semasa.
Lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara
Yang Taat Dan Setia
Sanggup Berkorban Walau Apa Sahaja
Untuk Negara Dan Bangsa
Tentera Benteng Pertahanan Negara
Tentera Lambang Perkasa
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Pantang Undur Tetap Mara
Darat Laut Dan Juga Udara
Sentiasa Terpelihara
Membujur Lalu Melintang Patah
Harapan Musuh Di Musnah
Tentera Benteng Pertahanan Negara
Tentera Lambang Perkasa
Biar Putih Tulang Jangan Putuh Mata
Pantang Undur Tetap Mara

No comments:
Post a Comment